Selasa, 3 Mei 2011

AKTIVITI SUKAN PNK SEMPORNA

Baru-baru ini,PNK Semporna telah mengikuti Pertandingan Futsal Terbuka Semporna yang diadakan di Kompleks TLDM yang mana PNK menghantar dua Pasukan iaitu PNKS-Alopaska FC dan PNKS- Sangkar Maut FC.Walaupun tanpa berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk mendaki "kejuaraan",namun kedua-dua pasukan PNKS mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga akhirnya pasukan PNKS-Alopaska FC berjaya menduduki tempat ke2 dalam pertandingan tersebut.Tahniah PNKS -Alopaska FC.

Mendengar nama PNKS-Sangkar Maut FC,rasanya ada yang gerun mendengarnya yang mana kebanyakan pemain adalah anak-anak nelayan.Seperti mana nama pasukan yang menggerunkan,pasukan ini juga menggerunkan pihak lawan pada peringkat permulaan sehingga ke suku akhir.Lama-kelamaan, rasa gerun pihak lawan telah  hilang,sehingga dibelasah 8-0 pada peringkat suku akhir..(hehehehe).Tahniah juga kepada PNKS-Sangkar Maut FC,


Pengurus : Mr.Dzul
Pencapaian : Tempat Ke 2
Pemain PNKS Alopaska FC
Agus,Yan,Peg.TLDM,Zali,Hasim
Bawin,Khaled,Amin,Ley.
Pemain dan Pengurus Sangkar Maut FC.
Pencapaian : Peringkat Suku Akhir
(Pemain tidak perlu diperkenalkan kerana
memang dah terkenal @ takda nak kenal..hehehe)




Tahun Depan Kita Main Lagi..Chaiyook.


Isnin, 2 Mei 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMPORNA
KALI KE 18/2011

Pada 25 April 2011 yang lepas,PNK Semporna telah selesai menjalankan satu lagi aktiviti dalam kalendar  wajib  tahunan PNK Semporna iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Semporna bagi kali yang ke 18 /2011 yang mana ianya disempurnakan oleh Pegawai Penyelia Persatuan Nelayan Sabah,Encik Jamaluddin bin Othman yang juga Pengarah LKIM Negeri Sabah.

Alhamdulillah,mesyuarat dapat dijalankan dengan sebaiknya dan ahli didapati berpuashati dengan Laporan Ahli Lembaga Pengarah.Daripada maklum balas dari para ahli,dapat disimpulkan bahawa sebagai ahli amat memerlukan perhatian khusus dari Persatuan Nelayan bagi membantu mengutarakan permasalahan mereka kepada pihak berwajib terutama dari segi keperluan mereka bagi meningkatkan ekonomi isirumah.

Selain daripada itu,ahli juga berharap agar sumber kewangan PNK dapat diperkukuhkan agar ahli sendiri dapat membuat pinjaman segera untuk hal-hal berkaitan penangkapan ikan.Selain dari itu,ahli juga berharap agar tabung kebajikan PNK Semporna dapat ditambah bagi memudahkan ahli memohon pembiayaan/pinjaman dari segi pendidikan anak-anak nelayan,khairat kematian nelayan dan hal-hal lain yang berkaitan kebajikan nelayan.Berikut adalah gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung Tahunan PNK Semporna dijalankan;

Banner PNK

MAT PNK Semporna 2011
Pengerusi ALP,En.Salleh b.Hj.Abd Salleh PNK Semporna sedang berucap.
Pengarah LKIM,En.Jamaluddin b.Othman merasmikan MAT PNK.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah PNK
Ahli Ahli PNK
Kalau boleh,bukalah balik pinjaman
dana nelayan  itu.kami pun mau juga meminjam.
Kami perlukan enjin,pukat dan petrol subsidi dan
terima kasih kerana telah diberi..tapi kalau ada,mau lagi..
Ahli Paling Otai Menerima Anugerah
Encik Ilmu bin Agah
No Ahli 0001
Penerima Bantuan Bencana Alam/ Khairat Kematian

Peminjan Dana Nelayan Berjaya
Tn.Hj Mohd Yusuf bin Jalal
Peminjam Dana Nelayan Contoh&Saham Terbanyak
En.Salleh bin Hj.Abd Salleh
Salah Seorang Penerima Tiket Bertuah
Cenderahati untuk Pengarah LKIM Negeri Sabah
En.Jamaluddin bin Othman

Ahad, 10 April 2011


KAKITANGAN
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMPORNA


Dzulkiflee bin Mohd Shaffrie
Pengurus Besar


Raino bin Tutulon
Timbalan Pengurus




Nina bte Maasim
Penyelia Dana Nelayan (Akaun)

Nasir bin Mahmud
Penyelia Projek

Suraidah bte Toreki
Pembantu Tadbir

Abdul Siang bin Mad Salat
Pembantu Am Rendah

Nulbukti bin Jalman
Pemandu Bot

Sabtu, 9 April 2011

Bantuan Tepat,Kesan Cepat,Peralatan Selamat

Beginilah keadaan seorang anggota Persatuan Nelayan Kawasan Semporna ketika pihak pengurusan PNK Semporna berkunjung ke rumah beliau dalam program banci nelayan bagi tujuan pemberian bantuan peralatan yang disalurkan oleh LKIM melalui Persatuan Nelayan Kawasan Semporna.Daif dan amat menyedihkan.Namun,atas usaha beliau yang ingin maju disamping sokongan dari pihak PNK,LKIM dan kerajaan, beliau selangkah demi selangkah telah berjaya mengubah taraf hidup beliau.

Inisiatif pihak kerajaan melalui PNK menyalurkan bantuan berupa enjin sangkut 15HP,bot fibreglass dan peralatan  mengkultur rumpailaut telah berjaya membantu beliau meningkatkan pendapatan dari RM350.00  ke RM850 - RM1000.00 sebulan melalui jualan rumpailaut serta menangkap ikan hidup.Beginilah perubahan hidup beliau setelah 4 bulan menerima bantuan;




Kesimpulannya,bantuan yang disalurkan haruslah sampai kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.Sekiranya bantuan yang diberikan hanya berdasarkan kepada "permohonan" dan tidak menjalankan kajian terlebih dahulu ,nescaya bantuan yang diberikan kelak adalah sia-sia.Sebagai contohnya,seorang pekebun kecil atau driver kereta sapu yang diberikan bantuan enjin sangkut bagaikan memberikan anak panah kepada seorang penggali kubur sedangkan yang memerlukan anak panah tersebut adalah pemburu.

AHLI LEMBAGA PENGARAH
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMPORNA
PENGGAL 2010 - 2012

Salleh bin Hj.Abdul Salleh
Pengerusi

Abdul Kiriman bin Pg.Awang
ALP (Kg.Tanjong Kapor) - Ketua Biro Ekonomi

Abu Kassim bin Laggu
ALP (Kg.Pulau Bait) -AJK Biro Ekonomi

Tn.Hj.Mohd Yusuf bin Jalal
ALP (Kg.Pulau Mabul) - AJK Biro Ekonomi

Ramlee bin Musa
ALP (Kg.Tanjong Kapor) - Ketua Biro Keahlian

Datu Hajirin bin Sanajaan
ALP (Kg.Selamat) - AJK Biro Keahlian

Tn.Hj Buglayan bin Hawayan
ALP (Kg.Pulau Larapan) - AJK Biro Keahlian

Umra bin Amir Hassan
ALP (Kg.Simunul) - Ketua Biro Kebajikan

Abd Karim bin Ahmad
ALP (Kg.Air) - AJK Biro Kebajikan

Tn.Hj.Raiman bin Abdurraman
ALP (Kg.Kabimbangan) - AJK Biro Kebajikan


Jumaat, 8 April 2011

NOTIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMPORNA
KALI KE 18

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Nelayan Kawasan Semporna akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada ketetapan berikut ;

Tarikh : 25 April 2011
Tempat : Dewan Perpustakaan Daerah Semporna
Masa : 08.00 - 12.00 Tengahari


Kepada semua ahli PNK Semporna,diingatkan agar borang usul bertulis diserahkan sebelum 14hb April ini bagi membolehkan usul anda dikemukakan semasa MAT tersebut.Jangan lupa membawa bersama kad pengenalan dan kad ahli semasa pendaftaran bagi memudahkan kakitangan PNK menyemak kehadiran tuan/puan.Harap maklum.

Subsidi Minyak Untuk Nelayan Dari Kerajaan

Khamis, 20 Januari 2011

SELAMAT MAJU JAYA!


Berkhidmat di PNK Semporna sebagai Pembantu Akauntan semenjak tahun 2003 - 2010 merupakan satu pengalaman indah apatah lagi sentiasa berdepan dengan pelbagai ragam golongan sasar yang adakalanya menyeronokkan dan adakalanya memeningkan.Namun beliau tetap sabar mengharungi semua dugaan.Sedangkan Sungai Rajang beliau renangi apakan lagi Perairan Tanjong Kapor, Semporna yang tidaklah arusnya sekuat mana.

Atas dasar usaha beliau serta komitmen  terhadap tugas-tugas beliau,Pihak LKIM telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang Jawatan Pembantu Akauntan (Kanan) Gred 22 dan ditempatkan di LKIM Negeri Perak.


Kepada Encik Desion Umpoh ak Edward Mawar @ Marzuki,PNK Semporna mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa yang pernah ditaburkan di sini.

Selamat Maju Jaya.

Daripada,

ALP dan Pihak Pengurusan PNK Semporna.

Selasa, 4 Januari 2011

PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR
PNK SEMPORNA

Gambar 1. Membina Sangkar
Projek ini dijalankan pada 31.10.2010 dan telah beroperasi selama kira-kira 3 bulan.Spesis yang diternak ialah spesis ikan kerapu dan ketika ini sebanyak 1653 ekor.Antara spesis yang diternak ialah seperti gambar di bawah;

Ikan Ketumbang / Ikan Ayam / Hoi Tai Kai (Bhs Cina)


Ikan Licin / Humphead Wrasse

Kerapu Batang
Kerapu

Kerapu Biasa

(Kalueh Mantis / Sunuh Raja-Dlm Bhs Tempatan)

Sunuh Asli / Kerapu Bara

Sunuh (Sunuh Bodo-Bhs Tempatan)
Sunuh Taising
Kerapu Tikus / Kubing