MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMPORNA
KALI KE 18/2011
Pada 25 April 2011 yang lepas,PNK Semporna telah selesai menjalankan satu lagi aktiviti dalam kalendar wajib tahunan PNK Semporna iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Semporna bagi kali yang ke 18 /2011 yang mana ianya disempurnakan oleh Pegawai Penyelia Persatuan Nelayan Sabah,Encik Jamaluddin bin Othman yang juga Pengarah LKIM Negeri Sabah.
Alhamdulillah,mesyuarat dapat dijalankan dengan sebaiknya dan ahli didapati berpuashati dengan Laporan Ahli Lembaga Pengarah.Daripada maklum balas dari para ahli,dapat disimpulkan bahawa sebagai ahli amat memerlukan perhatian khusus dari Persatuan Nelayan bagi membantu mengutarakan permasalahan mereka kepada pihak berwajib terutama dari segi keperluan mereka bagi meningkatkan ekonomi isirumah.
Selain daripada itu,ahli juga berharap agar sumber kewangan PNK dapat diperkukuhkan agar ahli sendiri dapat membuat pinjaman segera untuk hal-hal berkaitan penangkapan ikan.Selain dari itu,ahli juga berharap agar tabung kebajikan PNK Semporna dapat ditambah bagi memudahkan ahli memohon pembiayaan/pinjaman dari segi pendidikan anak-anak nelayan,khairat kematian nelayan dan hal-hal lain yang berkaitan kebajikan nelayan.Berikut adalah gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung Tahunan PNK Semporna dijalankan;
Banner PNK
MAT PNK Semporna 2011
Pengerusi ALP,En.Salleh b.Hj.Abd Salleh PNK Semporna sedang berucap.
Pengarah LKIM,En.Jamaluddin b.Othman merasmikan MAT PNK.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah PNK
Ahli Ahli PNK
Kalau boleh,bukalah balik pinjaman
dana nelayan itu.kami pun mau juga meminjam.
Kami perlukan enjin,pukat dan petrol subsidi dan
terima kasih kerana telah diberi..tapi kalau ada,mau lagi..
Ahli Paling Otai Menerima Anugerah
Encik Ilmu bin Agah
No Ahli 0001
Penerima Bantuan Bencana Alam/ Khairat Kematian
Peminjan Dana Nelayan Berjaya
Tn.Hj Mohd Yusuf bin Jalal
Peminjam Dana Nelayan Contoh&Saham Terbanyak
En.Salleh bin Hj.Abd Salleh
Salah Seorang Penerima Tiket Bertuah
Cenderahati untuk Pengarah LKIM Negeri Sabah
En.Jamaluddin bin Othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan