Jumaat, 13 Ogos 2010

Latar Belakang PNK Semporna

PNK Semporna ditubuhkan pada 15 April 1994 dibawah Akta 44, Akta PN 1971.


Pada awal penubuhan, PNK adalah menumpang di Pejabat Kemajuan Masyarakat Semporna (KEMAS). Tetapi pada tahun 1998, PNK telah mempunyai pejabat sendiri di alamat berikut. LOT 2, BLOK D, BANGUNAN SEDCO, JLN HOSPITAL, W.D.T 10, 91308 SEMPORNA, SABAH.

PNK Semporna merangkumi 52 buah kampung dan 15 buah pulau.

Wilayah sempadan PNK Semporna ialah di sebelah utaranya Kg. Gading-Gading dan disebelah selatannya sungai Balung serta termasuk pulau-pulau di persekitarannya.


Pentadbiran PNK Semporna terletak dibawah kawasan Parlimen, P.189 Semporna dan 3 kawasan DUN iaitu N.52 Sulabayan, N.53 Senallang dan N.54 Bugaya.

MISI PNK SEMPORNA
PNK Semporna ditubuhkan adalah untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahli-ahlinya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan tersebut sejajar matlamat penubuhannya.



PENGURUSAN PNK
 
PNK Semporna mempunyai 10 orang ALP yang dilantik untuk menerajui kepimpinan PN.


PNK Semporna ditadbir oleh 9 orang kakitangan dilantik LKIM dan PNK seperti berikut:

Bil Nama Jawatan/Gred Lantikan


1. Dzulkiflee bin Mohd Shaffrie - Pengurus Besar
2. Mohd Sidek b. Salapuddin - Pen.Pengurus (Operasi)
3. Raino b. Tutulon - Pen.Pengurus (Pentadbiran)
4. Nina bte Maasim - Penyelia Dana PNK/Bhgn Akaun
5. Suraidah bt Toreki - Pem Tadbir
6. Nasir b. Mahmud - Penyelia Projek
7. Abd Siang bin Mad Salat - Pekerja Am/Pemandu
8. Nulbukti bin Jalman - Pemandu Bot